" Who Is Behind This Billion Dollar Technology "
Satoshi Nakamoto adalah nama yang dihebahkan sebagai pengasas Bitcoin.Walaupun nama Satoshi Nakamoto selalu dikaitkan dengan Bitcoin, tetapi orangnya tidak pernah dijumpai, menyebabkan banyak orang percaya bahawa ia adalah nama samaran bagi seseorang dengan identiti yang berbeza atau sekelompok orang. Bitcoin dianggap sebagai cryptocurrency yang unggul dan sedang menerajui dunia dengan nilai RM194,350 ribu bersamaan dengan USD47,000 per Bitcoin. Tetapi masih banyak misteri mengenai penciptaannya. Siapa yang hasilkan Bitcoin? Adakah ia dicipta lebih daripada satu orang? Dan siapa Satoshi Nakamoto?
Pada bulan Ogos 2008, nama domain bitcoin.org didaftarkan secara dalam talian secara senyap. Dua bulan kemudian, sebuah akhbar bertajuk “Bitcoin sistem tunai digital “dan “Peer2Peer the new cash system “. Dan pada januari 2009, 30,000 baris code dilepaskan sebagai tanda permulaan era Bitcoin. Bitcoin terus dijalankan dengan menggunakan system “minning” dan akan menghasilkan lebih kurang 21Juta coin Bitcoin selepas 20 tahun. Tetapi Satoshi Nakamoto tidak bergerak secara bersendirian, Hal Finney seorang game developer menyertai Satoshi kerana tertarik dengan idea “Decentralized Online Currency “iaitu currency yang tidak dikawal oleh sesiapa.
Finney merupakan individu pertama yang minning Bitcoin. Tetapi part yang paling best ialah Finney sendiri tidak pernah jumpa Satoshi, hal ini dinyatakan oleh Finney sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada 2014. Walaupun, ramai orang beranggapan bahawa Finney merupakan pengasas Bitcoin tetapi ia ditolak mentah oleh Finney sambil berkata “Saya bukan pengasas Bitcoin tetapi saya berbangga legasi saya terlibat dalam Bitcoin” dan berharap Bitcoin akan menjadi sesuatu yang dapat diteruskan oleh legasi saya”. Masih lagi menjadi tanda tanya, siapakah Satoshi sebenarnya?
ransaksi pertama yang menggunakan Btc ialah pada tahun 2010 iaitu membeli pizza, bayangkan kalau pizza itu berada diwaktu sekarang sudah tentu harga satu pizza itu bernilai jutaan ringgit.
Btc mula menarik minat golongan elite pada tahun 2012 dimana adik-beradik Winklevoss membeli sejumlah $10 million Btc dan mereka masih memegang jumlah itu sehingga sekarang.
Berbalik kepada Satoshi, Untuk pengetahuan ramai Satoshi telah meningalkan dunia Btc pada tahun 2011. Ini dinyatakan dalam email yang dihantar pada Mike Hearn (Bitcoin Core Developer). Sathosi berkata dalam email tersebut “I’ve moved to other things; the future of Bitcoin is in good hands “. Dan dia meninggalkan segala penulisan tentang masa depan Btc dan bagaimana Btc akan dikendalikan di masa hadapan.
Gambar yang saya attach sekali dengan posting penulisan saya juga sebenarnya bukan Satoshi Nakamoto, Itu ialah Dorian S. Nakamoto. Disebabkan nama beliau seakan – akan sama, ramai yang beranggapan beliau adalah Satoshi Nakamoto walhal Dorian sendiri juga tidak pernah tahu akan kewujudan Bitcoin. Tetapi apa yang paling best, selepas kecoh tentang Dorian ini, beberapa bulan kemudian, pada satu forum online seorang yang bernama Satoshi Nakamoto komen di dalam forum itu dan menyatakan "I am not Dorian Nakamoto." Dan sekali lagi menjadi tanda tanya adakah itu Satoshi Nakamoto?
Ramai yang cuba mengaku bahawa dia adalah pengasas Bitcoin. Contoh seperti Craig Wright (Usahawan dari Australia). Tetapi selepas itu mengugurkan pengakuan beliau atas faktor keselamatan. Selain Craig, Nick Szabo juga dikatakan adalah Satoshi Nakamoto kerana beliau pernah membuat cryptocurrency beliau sendiri pada lewat 90-an.
Pada tahun 2014, satu pasukan penyelidik mengkaji tulisan Nakamoto bersama dengan tiga belas pencipta Bitcoin yang berpotensi. Hasilnya, kata mereka, tidak seorang pun hampir sama.Bahkan, Szabo sendiri menolak mentah dengan menyatakan di twitter milik beliau “ Not Satoshi , but thank you “. Dan yang paling best ada juga beranggapan bahawa Elon Musk (Pemilik Tesla & SpaceX) adalah Satoshi !
Hanya beberapa cara saja kita dapat kenal pasti siapa Satoshi.
1) PGP key: Kunci PGP adalah program penyulitan unik yang dikaitkan dengan nama pengguna tertentu - seperti tandatangan dalam talian. Nakamoto boleh melampirkannya ke pos atau mesej yang menunjukkan identiti dirinya.
2) Memindahkan Bitcoin Beliau: Nakamoto telah mengumpulkan banyak wang dalam Bitcoin.Dia dianggap memiliki lebih dari satu juta Btc, yang hari ini bernilai lebih dari satu billion. Secara teorinya ia dapat dikesan apabila Nakamoto memindahkan Btc tersebut ke alamat yang berbeza.
Akhir sekali, Satoshi Nakatomo akan terus menjadi persoalan. Mungkin atas faktor keselamatan Satoshi terus berdiam dan tidak menghebahkan dirinya kerana kemungkinan besar jika indentiti Satoshi dihebahkan, beliau akan diambil Tindakan undang-undang disebabkan kejayaan cryptocurrency. Selain itu, salah satu prinsip utama Bitcoin adalah matawang digital tidak boleh dikaitkan dengan institusi atau individu . Dalam cadangan asalnya mengenai Bitcoin, Nakamoto menulis, "Apa yang diperlukan adalah sistem pembayaran elektronik berdasarkan bukti cryptographic dan bukannya kepercayaan, yang membolehkan dua pihak yang bersedia melakukan transaksi secara langsung antara satu sama lain tanpa memerlukan pihak ketiga”.
Dimana pun Satoshi Nakamoto berada sekarang , idea beliau tetap diangkat sebagai salah satu idea yang paling GENIUS ! bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah sistem kewangan dunia bahkan membantu ramai orang melakukan transaksi dengan lebih pantas dan

Comments
Post a Comment